Aku Pendidik Anak Istimewa

~aku pendidik anak istimewa~..."Guru Pendidikan Khas" inikah pilihan ku? aku tak pernah menduga.. jauh sekali mengelamun untuk menceburi bidang ini.. semuanya kerana Takdir.. aku tak pernah memilih untuk ke "sini" namun akhirnya aku di "sini" bersama anak-anak istimewa ini.. Ini bukan pilihan ku.. tapi aku insan terpilih, dipilih untuk mendampingi "mereka" yang istimewa agar aku menjadi istimewa dari sebelumnya.. Biar 1000 insan di luar sana yang menghina mereka.. biar 1000 orang di luar sana jijik terhadap mereka.. namun.. aku tidak akan pernah merelakan diri aku membiarkan mereka terus dipinggir & terpinggir..!!

sungguh aku tidak menduga.. semurni ini impian ku.. tidak dapat aku bayangkan aku boleh sesayang ini.. Terima kasih ya Allah kerna membuka pintu hati ini.. untuk aku jatuh kasih pada kerjaya ini... terima kasih pada "mereka" yang menerima aku seadanya.. InsyaAllah kita akan sama-sama mengharungi hidup ini kerana kita sama-sama masih belum sempurna..

Monday, November 14, 2011

MAJLIS ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2011

Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Tahun 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan